News Ticker

Resepi Tart Nenas – Kuih Wajib Time Hari Raya!!

Kami menyediakan Resepi Kuih Tart Nenas untuk Hari Raya nanti. Semoga berjaya!!
17859657629_285e431456_b
Masa: Penyediaan: 30 | Memasak: 60 | Keseluruhan: 90 minutes

Bahan-Bahan:

Bahan untuk jem:
  • 2 biji nenas, parut dan toskan air
  • 600 gram gula
  • 1 batang kayu manis
  • 2-3 titik pewarna kuning
Bahan untuk hiasan:
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu air
  • Setitik pewarna kuning
Bahan-bahan untuk tart:
  • 125 gram butter, premium Anchor butter
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1/4 cawan tepung jagung*
  • 1 sudu besar tepung kastard*
  • 1/2 sudu kecil garam halus, (jika guna unsalted butter)

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk jem nenas:
  1. Masak nenas yang telah diparut bersama gula.
  2. Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.
Cara-cara untuk bahan hiasan:
  1. Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tart gulung.
Cara-cara untuk tart:
  1. Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.
  2. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
  3. Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.
  5. Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.

Tips

  • Jika doh masih agak keras, uli doh bersama soft butter sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi senang untuk diterap.
About bedezoop (25 Articles)
Viral,Celebrity,Comedy,Film,Music,Food,Fashion,Travel,Automotive,Technology

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: