News Ticker

Pengemis Banyak Duit Dalam Bank?

Di bulan Ramadan yang mulia ini memang menjadi kebiasaan bagi sebahagian dari kita untuk menderma apatah lagi jika berkunjung ke bazar Ramadan.

BACA: Pengkid Ganggu Isteri Saudara Che Ta

Kebanyakan pengemis yang dilihat berada dalam kesusahan sering memikat hati kita untuk menghulurkan sumbangan walau sedikit sekalipun.

1-Pengemis Ada Duit Dalam Bank?-BEDEZOOP

Sumber dari hotklate.tv

Namun, tahukah anda bahawa ada di antara pengemis ini memiliki wang mencecah ribuan ringgit di dalam akaun banknya?

Anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka terkejut apabila seorang wanita Rohingya yang juga pemegang kad pelarian UNCHR mempunyai wang sebanyak RM5,000 di dalam akaunnya.

Dia ditahan ketika JKM menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di dua bazar Ramadan Masjid Tanah, Melaka baru-baru ini.

Sumber dari Berita Harian

Operasi dilakukan anggota penguatkuasa kira-kira jam 6.30 petang semalam di bazar Ramadan Masjid Tanah menemui wang tunai RM50 pada wanita warga asing ini.

Siasatan susulan mendapati, dia juga mempunyai wang sebanyak RM5,000 dalam akaun bank.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar, berkata hasil siasatan mendapati wanita itu sudah enam kali ditahan dalam tempoh dua tahun kerana kegiatan mengemis.

Sepanjang tempoh lima bulan tahun ini, seramai 89 pengemis dan kutu raya dikesan melakukan kegiatan mengemis, yang mana 52 adalah warga tempatan, manakala bakinya warga asing.

Kerajaan negeri Melaka memandang serius kegiatan ini dan akan terus memantau secara lebih kerap kerana dikhuatiri golongan terbabit dimanipulasi oleh sindiket tertentu.

 

Sumber: Berita Harian

About TongkatJibril (5 Articles)
Hensem macam Remy Ishak, sado macam Rahim Sepahtu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: