News Ticker

Pengkid Ganggu Isteri Saudara Che Ta

Baru-baru ini viral di media sosial tentang isu Che Ta mengamuk gara-gara ‘diusik’ seorang artis yang digelar pengkid yang bermaksud perempuan menyerupai lelaki.

BACA: The Duck Scarves by Vivy Yusof

Beliau menjelaskan bahawa teguran secara baik telah dibuat sebelum ini namun langsung tidak dipedulikan individu terbabit. Ini membuatkannya terpaksa memberikan ‘amaran’ menerusi laman sosial peribadinya.

2-Pengkid Ganggu Isteri Saudara Che Ta-BEDEZOOP

Sumber dari utaranews.com

Che Ta sakit hati mendengar luahan mengenai isteri saudaranya yang mabuk cinta dengan ‘pengkid’ hingga mengabaikan tanggungjawab di rumah.

Status amarah terhadap gangguan seseorang yang dimuat naik di Instagram miliknya Ahad lalu adalah sebagai jalan terakhir bagi membantu saudara sendiri.

Lebih menyedihkan apabila anak kecil mereka yang baharu mencecah berusia sembilan bulan juga diabaikan.

Malah, sebelum ini pun saudaranya sudah bertemu untuk berbincang secara baik, namun keadaan semakin melarat. Harapannya cuma satu, semoga dia sedar bahawa tidak baik memporak perandakan rumah tangga orang.

3-Pengkid Ganggu Isteri Saudara Che Ta-BEDEZOOP

Sumber dari instaonline.com.my

Karakter isteri saudaranya itu berubah dan dia menjadi wanita berbeza selepas mengenali individu terbabit. Jalan akhir adalah dengan mengambil langkah membuat luahan terbuka supaya dia sedar diri.

Katanya lagi, masih ramai orang di luar sana dan mengapa perlu mengganggu isteri orang? Adakah setelah diberi amaran, dia menganggap dirinya seperti dicabar?

Walaupun individu terbabit menafikan perkara ini kepada media dan anggap diri tidak bersalah, namun menurut Che Ta dia ada bukti kukuh.

Sebelum itu, status Che Ta di Instagram menimbulkan tanda-tanya apabila berbaur amaran yang ditujukan kepada seseorang dengan disertakan gambar.

 

Sumber: Berita Harian

About TongkatJibril (5 Articles)
Hensem macam Remy Ishak, sado macam Rahim Sepahtu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: