News Ticker

Motosikal Dicuri, Pekin Ibrahim Rugi Lebih RM100,000

Mencuri atau merompak bukanlah suatu jenayah yang asing dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu dengan mencuri hasil kerja atau barangan orang lain sangat dibenci dan dikutuk.

Terbaru, nasib malang menimpa Pekin Ibrahim, nama yang tidak asing dalam industri seni negara kita. pada 24 Julai lalu, selebriti berkenaan dilaporkan kehilangan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenama BMW.

Menurut Pekin, kerugian yang dialaminya mencecah lebih RM100,000. Pekin atau nama sebenar Mohd Iznan Ibrahim, 35, berkata, motosikal jenama BMW S1000 itu disedari hilang di kawasan rumah rakannya di Seksyen 30, Shah Alam.

Pekin Ibrahim 1

Sumber dari Instagram Pekin Ibrahim

“Kemungkinan individu yang curi ingin menjual barang-barang yang ada pada motosikal itu. Nasib baik boleh tuntut dalam 30 peratus daripada kerugian tersebut pada insuran.” menurut Pekin Ibrahim.

Tambahnya lagi, banyak pengubahsuaian telah dibuat kepada motosikal berkuasa tinggi itu dan sekarang dia masih perlu membayar ansuran bulanan kepada bank sehingga waktu tertentu.

Pekin turut berusaha mencari motosikalnya dengan memuat naik gambar di Instagram miliknya kepada netizen.

Berita kecurian motor itu mendapat perhatian ramai dan turut disebarkan para peminatnya dalam usaha untuk ‘menjejaki’ kembali motor artis kesayangan mereka itu. Sehingga kini, masih belum ada maklumat terbaru mengenai kehilangan motosikal itu.

About TongkatJibril (5 Articles)
Hensem macam Remy Ishak, sado macam Rahim Sepahtu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: